Masyarakat Malaysia terutama masyarakat Melayu memang terkenal dengan kesantunan mereka, adat resam yang membudaya dalam diri setiap individu. Anak-anak semenjak kecil sememangnya diajar tetang adab serta pekerti yang mulia. Seingat saya kita sering diingati supaya tidak menyakiti hati orang lain disamping perlu bercakap perkara yang benar walaupun ianya amat pedih untuk diterima.Namun setiap kita diajar untuk menyampaikan secara berhemah. Kita tidak diajar untuk kurang ajar.Ucapan salam, terima kasih, maafkan saya, tumpang lalu sering menjadi halwa telinga saban hari. Sifat hormat kepada kedua ibubapa serta orang yang lebih tua daripada kita sentiasa tersemat dibenak kita.
Malangnya selepas zaman berlalu dan setelah 50 tahun kita merdeka, budaya dan amalan kita telah banyak berubah, seolah-olah ianya makin pupus seperti pupusnya haiwan-haiwan eksotik di muka bumi ini. Semakin sukar untuk kita mendengar ucapan keramat ’terima kasih’, ’maafkan saya’, ’tumpang lalu’ dan sebagainya. Yang menjadi semakin parah ialah masyarakat kita melalui budaya baru di mana ucapan-ucapan keramat itu dipaksa untuk diucapkan. Sehinggakan nilai ucapan itu sudah tiada lagi bila kita terlihat kempen-kempen budi bahasa. Sebagai contoh apa yang terlihat di pondok-pondok tol yang meminta pelanggan menghubungi nombor-nombor tertentu sekiranya kakitangan hadapan mereka tidak senyum atau mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan.
Apa yang terlintas di benak saya ialah, mengapa perkara ini berlaku di dalam masyarakat kita yang dulunya amat terkenal dengan tatasusila dan kesantunan yang tinggi.
Saya berharap anda sebagai rakyat Malaysia dapat membincangkan perkara ini di dalam blog ini untuk kita memahami punca kepada permaalhan ini serta ke manakah arah budaya Malaysia ini akan dibawa.

7 comments:
Salam Lang,
Okay apa weblog you ni. Update-updatelah selalu. Saya ni pun budak baru belajar, jenuh jugak pikir apa nak tulis.
Weblog J&Fs Bunch tu pun saya buat kerana pening tak tahu apa nak tulis kat laman Nurin.
Pendekata my escapism channellah tu.
Bercakap pasal kesantunan, bagi saya kesantunan kita ini adalah bahan poster Tourism Malaysia saje, tak ada pa yang santun pun. Semua pun pakai belasah aje. Nak pakai tudung ke, yang pakai mini skirt ke, semua sama aja, uniform aje lain-lain.
Pikir-pikir balik warga Barat lebihlah bersantun dari kita. Tahu menghormati orang tua, jaga kebersihan, tegur menegur dsb. Kita? Usah cakaplah. Nak tegur pun takut, takut kena belasah pulak!
Kat mana yang silap yek?
Jasni AJ
Good content.
Assalamualaikum Lang,
Saya terpanggil untuk memberi respon terhadap isu yang saudara kemukakan. Kalau tidak silap antara lain sabda Rasul "saya diturunkan untuk memperbaiki akhlak manusia". Sebab itulah sifat malu merupakan 'benteng' di dalam tubuh manusia yang disertai dengan akal dan sudah semestinya pegangan agama seseorang serta norma-norma kehidupan sesuatu masyarakat.
Secara generik, dunia semakin berubah disebabkan RM,$,Baht,Rupiah,Yen dan sebagainya atau dalam erti kata lain materialistik. "Open sky" dan faktor-faktor globalisasi seperti ICT, pengangkutan, perniagaan, pelajaran dan sebagainya menyebabkan masyarakat berubah sama ada positif atau negatif.
Kita sebagai ibubapa berhempas pulas mencari rezeki untuk kebahagiaan anak-anak. Bagi isteri yang tak bekerja alhamdulillah dapat juga memberi perhatian dan tumpuan yang lebih terhadap suami serta anak-anak. Tetapi bagi kedua suami isteri yang bekerja, tumpuan agak berkurangan. Sampai di rumah keletihan, apalagi tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Kekadang tu anak-anak nak tanya kita mengenai sesuatu perkara pun kita tak layan atau sekadarnya sahaja. Anak-anak lebih terjurus ke arah perlakuan tingkah laku pembantu rumah yang menjaga mereka atau anak-anak yang dihantar ke rumah jiran ataupun pusat jagaan kanak-kanak.
Di sekolah pula, guru-guru agak terbatas menjalankan peranan mereka. Ini disebabkan terdapat ibubapa yang terlalu 'protective'. Jika sekiranya tindakan diambil oleh guru terhadap anak-anak muridnya, guru tersebut mungkin ke mahkamah. Sekarang ini pendekatan lebih kepada diplomasi dan kaunseling tapi bagi saya kadang-kadang tu kena juga ‘rotankasi’. Lagipun sistem pelajaran kita menilai kecemerlangan akademik berapa banyak “A” yang diperolehi oleh seseorang murid. Sopan-santun, budi pekerti dan akhlak yang baik tak diberi markah! Maaf....jadilah anak-anak kita seperti robot. Siang sekolah biasa, petang sekolah agama dan malam kena pergi tuisyen. Kesian mereka kerana mereka tidak merasa pengalaman kanak-kanak sebagaimana kita kecil dahulu. Sekarang ini menjadi trend anak-anak yang umurnya kurang 15 tahun (tingkatan 2) boleh menduduki PMR bagi memendek masa persekolahan mereka.
Persekitaran juga membuatkan kita dan juga anak-anak kita 'terkeliru' kerana apa yang diajarkan oleh guru-guru kita, ustaz dan pemimpin-pemimpin kita seperti pepatah Melayu lebih 'indah khabar dari rupa' atau 'cakap tak serupa bikin'. Semasa kanak-kanak dahulu saya selalu terdengar ayat-ayat yang berbunyi seperti 'ikut cikgu cakap, jangan ikut apa yang cikgu buat'. Teorinya lain tapi praktikalnya lain.
Disebabkan taraf kehidupan kita yang semakin baik prinsip 'jangan jaga tepi kain orang' menjadi amalan kebanyakan daripada kita. Setengahnya ada yang berkata ‘kenapa awak sibuk-sibuk, awak ke yang bagi kami makan?’. Lebih tragik lagi ada yang menyatakan ‘apa-apa hal kita cakap di mahkamah’. Kesibukan kita mencari nafkah menyebabkan ramai di antara kita tidak kenal jiran-jiran kita. Apa lagi nak tegur perkara-perkara yang dari segi masyarakat dan agama tak baik. Silap-silap haribulan nahas kita!
Saya teringat semasa kanak-kanak dahulu saya kena penampar oleh seorang pakcik di kampung gara-gara saya bermain di tepi parit besar selepas hujan lebat, setelah pakcik tersebut melarang saya, saya menjawab dengan agak kasar. Pakcik tersebut menyuruh saya memberitahu datuk saya mengenai perkara tersebut tapi saya tidak berbuat demikian kerana sudah tentu badan saya akan dihinggapi oleh 'roti panjang'. Jika ini yang berlaku kepada anak kita, apakah respon kita agak-agaknya. Mungkinkah kita akan melenting anak kita diperlakukan sedemikian? Atau mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut kerana anak kita terselamat dari bencana yang mungkin memudaratkan anak kita atau mungkin ia kehilangan nyawa jika terjatuh dalam parit besar tersebut?
Seperti yang saya sebutkan di atas media umpamanya, tv kini terdapat berpuluh-puluh saluran yang boleh ditukar dihujung jari. Begitu juga dengan internet yang terdapat jutaan laman web yang mempunyai pelbagai pengetahuan atau maklumat. Namun 'tepuk dada tanya iman'. Jika kita mempunyai perasaan malu kita tak pergilah laman web yang bukan-bukan tapi bagaimana dengan anak-anak kita yang 'terlepas masuk' ke laman tersebut?
Idola kebanyakan kita tidak kepada tokoh-tokoh terkenal sama ada rasul dan para sahabat, golongan ulama, pemimpin-pemimpin tetapi kepada yang lain yang banyak memberikan kesan-kesan negatif kepada masyarakat.
Saya berpandangan sopan-santun,nilai murni, sahsiah yang baik hendaklah bermula dari keluarga dan kaum keluarga kita. Kita pastikan kita jaga mereka dengan menberikan contoh teladan yang baik. Begitu juga dengan keluarga yang lain. Dari situ bolehlah kita kembangkan ke peringkat taman kita dan kampung kita dan seterusnya.
Ada yang berpendapat ianya suatu pendekatan holistik. Belum cuba belum tahu tetapi kita mesti istiqamah ibarat 'batu pejal tidak akan lekuk dengan hujan lebat sepanjang hari tetapi ia lekuk dengan titisan air yang berterusan!
Penarik Beca
salam ziarah...
follow punya box takde.. cane nak ikut.. hehe
Setuju dengan N3 ni,sekarang Assalamualaikum diganti dengan hai dan salam satu malaysia,terima kasih dan jadi macam perkataan yang pupus.
Menghormati orang tua lagilah semakin pupus,dah makin kurang ajar dah anak-anak melayu sekarangl.
Perkara kedua saya setuju juga dengan baginda,kat mana nak follow dan knp dah lama x update blog ni?
Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi-bersih 2.0 “melawan atas jalan bukan hanya atas talian” + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!
Kalau korang berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:
http://diskopi.wordpress.com
Korang boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook korang untuk publisiti yang lebih luas.
Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan korang yang kat online mahu pun offline!
Salam ziarah Lang,
Saya rasa la...nak melentur buluh ni selalunya dari rebung.Apa2 pun tentang manusia ni..dia akan bermula dari rumah.Dulu2 ni anak2 kita dijaga dan dididik tingkah lakunya oleh ibu dan bapa depa sendiri.La ni saya tengok kebanyakkan nya anak2 ni dididik oleh pembantu rumah..bukannya saya kata pembantu rumah tu tak baik, tapi kerja depa... cuma pembantu rumah ja,jadi kerja2 mendidik ni adalah tanggungjawab ibu bapa.Bila depa dah besar , terdedah la pulak dengan pemimpin2 yang dok ada lani.kebanyakkan nya penting diri sendiri....tu yang saya dok tengok payah dah nak ada nilai2 murni yang sepatutnya ada kat setiap diri insan la ni.bukannya tak ada, tapi tak banyak....
Post a Comment